Adakah kacang soya penyebab kanser?
Soya yang telah dimasak lama mengandungi sebatian-sebatian bersifat karsinogenik. Satu proses yang dinamakan TVP (textured vegetable protein) adalah proses penyebab kanser di mana ia berlaku apabila soya diproses dan perlu melalui laluan salur bersuhu tinggi dan bertekanan tinggi. TVP ini yang lazimnya digunakan di dalam burger soya dan sosej soya. IA perlu dielakkan.
Bagaimana dengan kacang soya panggang?
Kacang soya kaya dengan lemak tumbuhan. Jika kacang soya dipanggang dan dimakan seperti kekacang, haba daripada proses memanggang akan mengubah lemak ini menjadi asid lemak trans yang kita ketahui adalah lemak yang menyebabkan kanser dan masalah jantung. Sekiranya kacang soya panggang ini disimpan lama,minyak di dalamnya akan berubah menjadi bersifat lebih karsinogenik. ELAKKAN makan kadcang soya panggang.
Saya dapat tahu protein soya tidak baik untuk buah pinggang.
Protein haiwan lebih susah dihadam berbanding protein tumbuhan. Bagi kebanyakan orang yang mempunyai masalah penghadaman, protein yang tidak dihadamkan sepenuhnya akan membebankan buah pinggang. Protein dalam bentuk serbuk dan bersifat lebih mudah hadam adalah bentuk protein TERBAIK untuk dipilih. Protein bukan musuh – malah ia sangat perlu untuk kehidupan. Walaubagaimanapun, protein berlebihan boleh membebankan buah pinggang sekiranya anda mengambil protein dalam kadar lebih daripada 2 gram protein bagi setiap pound berat badan anda, DAN anda tidak mengambil jumlah karbohidrat yang mencukupi – ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Saya menghidap kanser payudara dan diberitahu saya tidak boleh mengambil soya.
Soya adalah makanan ‘phyto-estrogen’ yang mengandungi unsur yang menyamai komponen seperti hormon. Akan tetapi, kekuatan estrogen ini ialah 1/1000 berbanding estrogen badan yang bersifat lebih kuat. Oleh itu, adalah baik sekiranya anda memenuhkan system penghadaman dengan tepung soya mentah berkualiti tinggi kerana estrogen yang lebih lemah ini akan menyekat bahagian penerima estrogen daripada menerima estrogen badan dan melindungi badan daripada kanser yang hidup dengan estrogen.
Tujuh senarai semak perlu untuk mengetahui kualiti produk soya.
Adakah kacang soya ditanam secara organik?
Kajian menunjukkan kadar zat menurun dan kadar nitrat meningkat pada hasil tanaman yang diberikan baja kimia, berbanding dengan tanaman organik. Kehadiran nitrat dalam badan mempunyai kaitan dengan kanser. Maka, adalah penting untuk kita mengetahui racun serangga dan racun rumpai tidak digunakan langsung sepanjang proses penanaman. Memadangkan kacang soya adalah tumbuhan yang kuat, maka jenis racun rumpai yang biasa digunakan ialah racun berbahaya yang boleh membunuh yang dikenali sebagai Round Up. Sebagai langkah keselamatan, anda perlu tahu produk soya yang dimakan, ditanaman secara organic. [Soya Shaklee ditanam secara organic]
Adakah kacang soya diubah secara genetik?
Soya yang telah diubah secara genetic adalah lebih murah dan kebanyakan syarikat pengeluar produk soya mencari jalan untuk menjimatkan perbelanjaan. [Soya Shaklee telah disahkan sebagai soya non-GMO]
Adakah tepung soya anda mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu?
Satu daripada nilai paling berharga pada kacang soya ialah ia adalah sumber protein lengkap dan membekalkan kesemua 9 asid amino perlu. Badan manusia memerlukan asid amino ini untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibody dan enzim. Namun begitu, tidak semua kacang soya dihasilkan sama. Kandungan dan kualiti asid amino akan berbeza mengikut keadaan tanah, dan persekitaran tumbesaran serta penuaian. Jika satu sahaja asid amino perlu ini tiada, system imun badan manusia boleh menurun 30%, dan banyak fungsi utama badan boleh menjadi lambat atau berhenti berfungsi. Maka, adalah penting untuk setiap kelompok kacang soya yang dituai, diuji untuk kandungan asid amino sekiranya kita ingin mendapatkan bekalan soya yang terjamin kandungan sembilan asid amino perlunya. [Soya Shaklee mengandungi kesemua sembilan asid amino perlu]
Adakah empingan soya dibasuh dengan alcohol atau air?
Membasuh menggunakan alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavones sehingga 88%. Isoflavones adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser payudara, prostat, paru-paru dan usus. Isoflavones juga bermanfaat untuk seimbangkan hormon dan meningkatkan jisim tulang.
Adakah unsur anti-tiroid dan anti-pertumbuhan di dalam soya mentah dibuang?
Orang asia yang banyak mengambil soya sejak dahulu, mengetahui tentang kehadiran unsur anti-pertumbuhan, anti-tyrosine dalam soya mentah. Kekurangan tyrosine boleh mengakibatkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah, dan sindrom kaki resah. Oleh sebab itu, rakyat asia selalu memasak makanan berasaskan soya dalam tempoh yang singkat untuk menyahaktifkan unsur anti-tyrosine/anti-pertumbuhan. Shaklee telah mereka satu proses pengekstrakkan yang membuang unsur ini, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tahap mentah soya bagi menjamin kadar kandungan tertinggi untuk asid amino dan isoflavones yang sangat sensitfi kepada haba.
Adakah kacang soya anda masih mentah atau telah dipanaskan?
Asid amino sangat sensitive kepada haba. Dalam beberapa kajian, tindakan memasak protein menunjukkan kandungan asid amino musnah sehingga 50%. Jika seseorang individu mengamalkan diet berterusan yang kurang mengandungi asid amino,boleh mengakibatkan perkembangan yang tidak mencukupi bagi otak, hormon dan tisu badan yang lain. [Soya Shaklee adalah dalam keadaan mentah]
Adakah kalsium ditambah kepada tepung soya anda?
Terdapat sesetengah laporan yang menyatakan bahawa tepung soya bersifat sangat berasid dan boleh mengakibatkan kehilangan tulang kerana ia menyebabkan kalsium dikeluarkan daripada tulang. Kacang soya mentah adalah makanan neutral yang bukan bersifat asid atau alkali. Walaubagaimanapun, tindakan mengeluarkan minyak kacang soya menyebabkan tepung soya menjadi berasid. Maka, kalsium yang mencukupi (kalsium bersifat alkali) mesti ditambah kepada tepung soya agar ia menjadi neutral atau ia akan mengakibatkan masalah yang dinyatakan di atas. Terdapat banyak pengeluar tepung protein tida menambah kalsium dalam kadar yang mencukupi. [Soya Shaklee menmgandungi kalsium yang ditambah untuk seimbangkan pH]